![]() |
Permainan tradisi masyarakat di Sabah ini, kebanyakannya menjadi keistimewaan bagi kaum Melayu Brunei, Kedayan dan Lun Bawang, Dusun, Bajau dan masyarakat tempatan Sabah dan Sarawak. Pertandingan lumba kerbau pada pesta tertentu,khasnya Pesta Lawas juga bertujuan mengetengahkan kegiatan harian penduduk di kawasan terbabit kepada pelancong.
Pertandingan ini hanya menggunakan kerbau jantan dibenarkan bertanding kerana penyertaan kerbau betina menghilangkan tumpuan kerbau jantan untuk meragakan kekuatannya. Demikian itu menurut orang-orang lama di daerah Kota Belud, Sabah.
Di antara peraturan pertandingan Lumba Kerbau, kerbau yang berhenti lebih dari masa 30 minit atau menyimpang tersasar dari laluan yang ditetapkan ketika bertanding dianggap batal penyertaannya.
Bagaimanapun, penunggang ( joki ) yang terjatuh dibenarkan naik semula ke belakang kerbau dan meneruskan perlumbaan, keistimewaan ini kerana para penunggang kerbau tidak ada pelana yang dipasang pada belakang kerbau, penunggang kerbau hanya berbekalkan tali yang diikat pada kepala untuk mengawal kerbau. Disinilah kecekapan penunggang diuji kepandaiannya dalam mengendali kerbau mereka. Yang menariknya mengenai pertandingan lumba kerbau disini ialah ia diadakan untuk para penunggang amatur dan tiada istilah propersional. Antara acara yang dipertandingkan ialah larian satu pusingan (400 meter), larian 800 meter, lari 4 x 400 meter, lari 100 meter dan lari 4 x 100 meter.
Ia hampir sama sebagaimana acara olahraga bagi manusia atau kaedah lumba kuda.
Pada waktu dahulu Lumba kerbau diadakan di kampung-kampung oleh para pesawah sebagai hiburan selepas penat mengerjakan sawah-bendang. Dengan itu kerbau yang membajak sawah digunakan untuk berlumba dalam permainan tradisi pesawah di Kota Belud,dan beberapa kawasan di utara Sabah kekal sehingga kini. Pesta Lumba Kerbau yang telah diperkenalkan pada 1970-an, pihak penganjur telah mengemaskinikan dengan mewujudkan peraturan bagi memastikan pertandingan kerbau lebih menarik dan berjalan lancar serta lebih meriah disamping sebagai daya tarikan pelancong, dengan itu dapat mengaktifkan peramcagan sosioekonomi masyarakat setempat. Satu perkara yang menarik daam peraturan perlumbaan ini ialah, hanya kerbau berumur satu tahun ke atas boleh bertanding dan ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerbau besar dan kecil. Saiz kerbau yang layak untuk bertanding hanya berdasarkan pandangan mata dan bukan ditimbang, ianya adalah berdasarkan muafakat dan dasar tolak ansur para pemilk atau peserta. Dengan peraturan sedemikian, ia bukan sahaja mengekalkan sebagai acara hiburan dan lebih fokus menjalin hubungan baik sesama peserta dari pelbagai kampong atau kawasan walaupun pemenang diberikan hadiah wang tunai, sijil dan hamper, ia sekadar suatu pengiktirafan perakuan. Dalam perlumbaan ini terdaoat beberapa acara dan kategori termasuk acara untuk jemputan khas menurut semangat bekerjasama dan harmoni bagi mana-mana kampong-kawasan terdekat.
Lazimnya:
Pemenang setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM200, tempat kedua (RM150) dan ketiga (RM100) bagi kategori larian 100 meter dan 200 meter.
Pemenang setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM200, tempat kedua (RM150) dan ketiga (RM100) bagi kategori larian 100 meter dan 200 meter.
Bagi pemenang larian pusingan 400 meter, juara menerima wang tunai RM250, kedua (RM200) dan ketiga (RM150).
Bagi larian berganti-ganti, tempat pertama menerima wang tunai RM300, kedua (RM250) dan ketiga (RM200.
Sudah tentu para pengunjung-penonton pasti terhibur dengan gelagat kerbau dan penunggang pada pertandingan tradisi ini. Kerana, adakalanya kerbau berhenti tiba-tiba dan disini akan mendapati kepada kebijaksanaan penunggang untuk menyuruhnya kerbaunya berjalan atau berlari semula.
Pesta Lumba Kerbau berkenaan diadakan setiap setahun tahun sekali dan sekiranya ada hari tertentu bersempena dengan sambutan pesta kaamatan dan pesta-pesta keramaian di Sabah. Lazimnya ribuan penuntun akan menyaksikan pertandingan ini dan dikalangan pengunjung tempatan adalah kebanyakannya dari Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei dan negara jiran yang terdekat selain pelancong asing.

nak tnya, ada ke kategori kerbau ikut berat mw belumba? nanti, kalau kerbau tu gemuk nanti tidak dapat lari plak?
ReplyDeletepertandingan lumba kerbau memang terbahagi kepadaberat dan tinggi...jadi borang pendaftaran hendaklah dilengkapkan seperti yang disyaratkan dalam borang penyertaan...
ReplyDeleteBila ada lagi event lumba kerbau ini? mau saya menyaksikan acara ini.
ReplyDelete